Tuesday 20 October 2015

I'll Be ...

Kalau aku bisa menggali tentang mengapakah kamu jadi pilihan, akan aku laksanakannya.
Kalau aku bisa menggali tentang apakah istimewanya kamu, akan aku nyatakannya.
Kalau aku bisa menggali tentang bagaimanakah adanya cinta buat kamu, akan aku lakukannya.

Malangnya, aku tiada daya untuk menggali semua itu kerna cinta dan sayang aku buatmu itu, infiniti.


Nota Cinta : Cukuplah kamu tahu bahwa aku bahgia dengan wujudnya kita.

Saturday 10 May 2014

Mama

"Ma.. Dia dah pergi."

"Adik, kita ni sebagai perempuan, jangan terlalu mengharapkan lelaki. Jangan sesekali. Kita kena ajar diri kita biar jadi kuat. Ajar diri kita untuk berdikari. Biar kita selalu bersedia bila suatu hari nanti, orang yang kita sayang pergi tinggalkan kita. Jadi perempuan yang kuat. Jangan lemah."



Thursday 30 January 2014

Penamat

Terbang tinggi wahai cinta
Jangan pernah sesekali melihat ke bawah
Terbang sampai kamu merasa bahagia
Pedulikan segala yang celaka

Terbang tinggi wahai cinta
Kamu berhak melayang sendiri
Cinta itu patut gembira
Bukan ditangisi dan dikecewa

Terbang tinggi wahai cinta
Terbang sampai tenang mendatang
Sampai satu masa
Ada yang datang; untuk terbang bersama

Terbang tinggi wahai cinta
Terbanglahhh

Tuesday 28 January 2014

Afraid

Afraid, you going to hurt me again
Afraid, you don't love me back
Afraid, she will come after me
But the most fearful thing is

I am afraid of losing you


Sunday 17 November 2013

Itu Pilihan Aku

Mahu jadi yang terindah buat aku?
Kuburkan saja
Lenyapkan segala impian
Hapuskan semuanya
Aku ini sudah hilang segala rasa
Cinta
Rindu
Sayang
Segalanya
Sila pergi
Aku mahu sendiri
Itu pilihan aku


Monday 28 October 2013

Bakal Pemilik Hati

Wahai sang pemilik hati,
Ada satu pesan yang aku mahu kau tahu

Jika jalan ke hati aku itu
Berliku-liku
Penuh duri
Jangan paksa diri
Berhenti bila perlu
Rehat secukup yang kamu mahu

Kerna aku disini
Sabar menanti
Aku disini
Juga mahu persiapkan diri
Untuk menjadi yang terbaik untuk kamu

Jadi,
Janganlah kamu terburu-buru, sayang.



Monday 30 September 2013

Menang

Seorang Jaka
Di gilai oleh dua Gadis
Gadis 1; berani meluahkan rasa
Gadis 2; hanya diam tidak berbicara

Lalu sang Jaka memilih Si Gadis 1
Kerna dia tahu perihal perasaan gadis itu
Mula kisah baru antara mereka
Kisah cinta yang penuh indah

Si Gadis 2; yang diam tiada bicara itu
Hanya mampu menangis
Terus menangis
Kesal dengan perbuatan diri
Dan seringkali dihantui dengan


"Kalaulah aku yang luahkan dulu..."