Sunday 17 November 2013

Itu Pilihan Aku

Mahu jadi yang terindah buat aku?
Kuburkan saja
Lenyapkan segala impian
Hapuskan semuanya
Aku ini sudah hilang segala rasa
Cinta
Rindu
Sayang
Segalanya
Sila pergi
Aku mahu sendiri
Itu pilihan aku


Monday 28 October 2013

Bakal Pemilik Hati

Wahai sang pemilik hati,
Ada satu pesan yang aku mahu kau tahu

Jika jalan ke hati aku itu
Berliku-liku
Penuh duri
Jangan paksa diri
Berhenti bila perlu
Rehat secukup yang kamu mahu

Kerna aku disini
Sabar menanti
Aku disini
Juga mahu persiapkan diri
Untuk menjadi yang terbaik untuk kamu

Jadi,
Janganlah kamu terburu-buru, sayang.



Monday 30 September 2013

Menang

Seorang Jaka
Di gilai oleh dua Gadis
Gadis 1; berani meluahkan rasa
Gadis 2; hanya diam tidak berbicara

Lalu sang Jaka memilih Si Gadis 1
Kerna dia tahu perihal perasaan gadis itu
Mula kisah baru antara mereka
Kisah cinta yang penuh indah

Si Gadis 2; yang diam tiada bicara itu
Hanya mampu menangis
Terus menangis
Kesal dengan perbuatan diri
Dan seringkali dihantui dengan


"Kalaulah aku yang luahkan dulu..."


Sunday 22 September 2013

Kamar Putih

Di satu sudut kamar
Berbaring aku sambil memeluk tubuh
Berfikir hal-hal diri
Hal-hal tentang hati

Satu persatu teman aku
Sudah melangkah ke alam bahagia
Alam bersama teman hidup
Dan aku gembira untuk mereka

Terdetik tentang diri sendiri
Bila lagi?
Apa sudah sedia?
Siapa orangnya?

Jujurnya
Berada dalam kalangan teman,
Yang sudah bertukar status itu, satu beban
Beban yang tidak terlihat dengan dua mata kasar

Berbicara dari hati
Aku ini sudah sedia berkongsi hidup
Cuma
Mana kamu?

Sunday 15 September 2013

Rasa

Tika ini
Hanya duka dan kecewa saja yang aku rasa
Sakit
Pedih sungguh

Wahai sang jaka
Yang selalu muncul dalam mimpi aku
Hanya maaf saja yang bakal aku pohon
Aku ini tiada kekuatan mahu pertahankan rasa ini kepada kamu

Andai kau baca tulisan ini
Aku ini sudah lama menyukai kamu
Tebalkan muka menegur dan aku dilayan tidak sama dengan yang lain
Mungkin ada silapku
Dan mungkin sampai disini saja rasa ini wujud dalam diri aku



Mungkin.....

Friday 30 August 2013

Niat

Awalnya niat aku lain
Hanya ingin lari dari alam realiti
Hanya ingin mencipta fantasi yang diimpi
Hanya untuk seketika

Tapi kini..

Fantasi yang direka bakal menjadi realiti
Imaginasi yang diimpi, hampir menjengah nyata
Aku terlalu leka sampai aku lupa niat asalku
Jauh terpesong

Mungkin..

Aku patut lupakan saja segala fantasi
Pelangi palsu yang muncul, harus ditinggalkan segera
Aku harus bangun menghadap realiti
Sudah terlalu lama aku bermimpi


*Ada yang sudi menghadapi realiti bersama aku? Maksud aku, hanya kau dan aku. Berdua? Ada?

Wednesday 28 August 2013

Berhenti

Stop trying

Please

We're not meant for each other.

Bear that in mind.

I mean, in your mind!

Tuesday 20 August 2013

Realiti

Jejaka : Mari. *hulur tangan*

Dara : Kemana? *sambut tangan*

Jejaka : Aku ingin membawa kau ke suatu tempat.

Dara : Dimana?

Jejaka : Diam dan ikut.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dara : Eh, tempat ini..... Bukan kau pernah berkata aku tidak mungkin....

Jejaka : Ya. Itu dulu. Tapi sekarang kau adalah pemilik tempat ini.

Dara : Ini benar? Bukan mimpi?

Jejaka : Ini mimpi kamu yang sudah pun menjadi realiti. Selamat datang ke hati aku, wahai bidadari.

Thursday 15 August 2013

Cinta

Rumit
Serabut
Indah
Misteri

Itu cinta

Bila cinta hadir ---- bahagia
Bila cinta pergi ---- derita

Tapi kita tetap mendambakannya
Tetap memerlukannya

Kerna kita tahu
Cinta sejati itu wujud
Dan kita memerlukannya




Wednesday 14 August 2013

Dalam Diam

Kau tahu
Pertama kali aku mendengar nama kau, hati aku bergetar?

Kau tahu
Aku acah-acah berlagak cool bila dengan kau?

Kau tahu
Setiap genap inci hidup kau aku mahu tahu?

Kau tahu
Aku ini sangat rapuh bila bersama kau?

Kau tahu
Sering aku cuba untuk berkomunikasi bersama kau?

Kau tahu
Dalam diam aku suka pada kau?

Kau tahu
Mencintai kau dalam diam itu bikin aku terseksa?

Kalau lah kau tahu....

Sunday 4 August 2013

Lagu

Lagu itu
Lagu kegemaran kau
Kegemaran aku juga
Lalu menjadi lagu kita

Kau petik gitar
Lalu aku menyanyi
Itu rutin kita
Bila berdua

Kini
Bila lagu itu berkumandang
Aku teringat memori itu
Masih segar

Ingin aku padam
Tapi tidak terdaya
Memori itu terlalu indah
Aku rindu

*Moga kau tak lakukannya dengan yang baru.




Friday 2 August 2013

Kebas

Hati aku
Walau dihangatkan dengan api cinta sekalipun -- aku tidak dapat merasa
Jika dihiaskan dengan janji-janji manis -- aku juga tidak dapat merasa

Jadi cadang aku
Berhentilah

Kerna hati aku sudah kebas


#Bagi ia rehat. Bagi ia sembuh dari luka lalu. Lambat laun ia kembali seperti sediakala semula. Sabar.


Thursday 1 August 2013

Kosong

Mulut aku
Sering menuturkan kata-kata cinta
Sering meluahkan ayat-ayat manis
Indah dan manja

Tapi

Itu semua dusta
Aku meluahkan tanpa ada sekelumit perasaan
Hanya keluar dari mulutku
Bukan hatiku

Aku tahu itu kejam
Aku tahu kau dendam
Maafkan aku
Kata-kata itu terluah kerna jiwa aku kosong

Kosong dan sepi



Tuesday 30 July 2013

Mimpi

Ramai yang bilang jangan percaya pada mimpi
Itu hanya mainan tidur
Hanya indah bila mata terkatup
Bila bangkit dari lena, kita kembali ke alam realiti

Tapi bagi aku
Aku suka pada mimpi
Hanya pada saat itu aku rasa bahagia
Hanya pada detik itu aku berada di mana aku mahu

Dan baru-baru ini, aku bermimpi
Mimpi yang indah lagi mengasyikkan
Tak ku sangka
Kau telah menjadi watak utama mimpi itu

Ya. Kau.

Aku terkejut
Bagaimana kau boleh ketemu jalan ke mimpi aku
Tapi apa aku peduli
Jalan cerita mimpi itu lagi penting dari itu

Hangat tanganmu saat menggenggam tanganku
Masih terasa hingga kini
Kucupan pertama kali ke bibirku
Ahh, sungguh indah sekali.

Aku tidak mahu menghadap realiti
Aku mahu di sini
Bersama kamu
Walau hanya di alam mimpi

Monday 29 July 2013

Bahagia

Kau bilang kau duka
Kau bilang kau sering kecewa
Kau bilang kau sudah hilang percaya sama cinta
Kasihan

Ayuh ke mari
Aku sajikan kau sama kebahagiaan aku
Aku limpahkan kau dengan kasih sayang
Aku mahu kau rasa apa itu bahagia

Tapi ingat
Jangan sesekali jatuh cinta sama aku
Jangan sesekali beri hati kamu pada aku
Jangan.

Friday 19 July 2013

Celaka

Pagi nan ceria
Buat diri rasa bahagia
Aura positif sudah hadir
Tapi mengapa masih berduka?
 
Diri rasa sesak di dada
Ingin diluah
Tapi tiada siapa yang mendengar
Mujur ada sang bulan di malam hari
 
Terima kasih
 
Aku ini rabak di dalam
Tersenyum indah diluar
Aku tahu kamu sudah muak dengan bebelan aku
Tapi apa aku peduli
 
Mengapa harus meninggalkan aku tiba-tiba
Mengapa tiada alasan yang diberikan
Mengapa kita bukan seperti dahulunya
Mengapa sayang?
 
Memerhati gerak geri kau
Memerhati tiap kata yang kau lontarkan
Buat aku fikir sejenak
Aku masih cinta sama kau
 
Aku tahu aku ini bodoh
Masih mengharap pada kau yang tak sudi
Tapi kau pernah berkata
Takdir kita, kita boleh tulis sendiri
 
Cuma aku tidak mampu
Aku tidak kuat
Untuk menulis takdir aku
Kerna aku takut ada contengan yang terlukis
 
Akan tetapi
Kau sedang kecapi bahagia tika ini
Hidup kau penuh pelangi cinta
Yang mungkin aku tidak dapat memberi
 
Jadi
Aku akur
Aku pasrah
Dah aku redha dengan apa yang terjadi
 
Andai tulisan ini dibaca kamu
Aku mahu kau tahu
Keliru aku hilang, saat aku bersamamu
Cuma aku tidak mampu meluahkan
 
Jikalau selepas ini kau mahu berbicara sama aku
Ketahuilah yang telinga aku sudah tuli untuk mendengar
Mata aku sudah buta untuk melihat
Tuli dan buta, semua tentang kamu
Maafkan aku, sayang.

 

Thursday 18 July 2013

Keadaan Hati (2)

Aku duduk menunggu
Sambil berpeluk lutut
Aku menunggu pintu diketuk
Aku sudah sedia membuka pintu

Aku lihat sekeliling
Cukup kemas
Cukup cantik
Tiada cacat celanya

Kali ini
Jika ada yang datang mengetuk
Aku sudah siap untuk membukanya
Aku pasti

Ketukan bertalu-talu kedengaran
Aku kaget
Perlahan-lahan aku membuka
Terlihat kau tersenyum indah

Kau masuk tanpa di undang
Memuji keadaan tempat ini
Juga berjanji tidak akan meninggalkannya
Itu janji kau

Aku bahagia
Aku ceria
Aku gembira
Sempurna sungguh bila berdua

Satu hari
Bangunnya aku dari lena -- kau tiada
Tempat ini berselerak, serabut
Aku tergamam

Duduk tertunduk
Aku menangis dan terus menangis
Tempat ini kembali sunyi
Tinggal aku sendiri -- lagi

Ya
Pintu itu telah aku kunci
Aku nekad tidak akan membukanya lagi
Aku pasti

Lalu aku kembali mengemas
Buang segala jejakmu
Aku yakin
Kali ini
Lebih lama aku mengemas

Sunday 14 July 2013

Aku

Sebelum aku menjadi aku
Aku terlalu asyik dengan kenangan
Berfantasi bersama diri
Tidak percaya pada realiti

Bila aku menjadi aku
Aku cuba berjalan
Meninggalkan fantasi dibelakang
Berjalan sendiri

Tidak aku sangka
Aku berteman
Realitiku makin hari makin indah
Aku bahagia

Tetapi
Hanya seketika
Temanku hilang
Hilang dibawa angin

Lalu aku menoleh ke belakang
Masih seperti dulu
Penuh kenangan indah
Fantasi yang menceriakan

Aku berjalan
Berjalan munuju ke situ
Biarlah aku tidak menjadi aku
Dari aku terseksa lagi


Sunday 7 July 2013

Takut

Kau muncul sekelip mata
Di saat kita tidak menduga
Hanya ingin beramah mesra
Akhirnya timbul perasaan aneh

Kau telah menjadi sebahagian dari hidupku
Bila tiba sang mentari
Kau yang pertama akan dicari
Ingin bersama pada setiap detik

Indah
Bahagia
Takut
Itu yang dirasa

Ya. Takut.

Takut ini hanyalah fantasi
Takut ini hanyalah mimpi
Takut kerna ini, bakal ada yang kecewa
Itu takutku

Bagi masa
Bagi ruang
Aku perlukan itu
Untuk kenal kedudukan ini

# Kalau ada apa-apa terjadi antara kita, aku ingin kau tahu, aku pernah menyintai kau seikhlas hati aku. Ini benar!

Tuesday 25 June 2013

Selamat Datang!

Hei!
Aku di mana ni?
Tempat ni..
Bercahaya -- terang
Penuh bunga -- indah
Udara nyaman -- wangi

Aku di mana?
Kejap
Ini..
Gambarku!

Eh!
Hampir setiap inci ruang ini penuh dengan gambarku
Aku berjalan melihat gambar-gambar ku
Banyak
Bermacam gaya
Tiba di satu tempat
Aku ternampak ada sehelai kertas
Bergumpal
Aku membuka
Tertulis "Selamat datang ke dalam hatiku wahai sang bidadari."

Aku tergamam.

Tuesday 11 June 2013

Kembali

Muncul jarang jarang
Hilangnya selalu
Maaf
Aku sibuk dahulunya

Tapi sekarang
Aku sudah bebas dari segala yang berkaitan dengan pelajar
Peperiksaan
Pembentangan
Tugasan

Ya.
Sudah bebas.

Jadi
Aku akan kembali aktif menulis
Aku rindu rutin aku dahulu
Menulis saban hari
Melempiaskan rasa, jiwa dan perasaan dalam kata
Aku rindu

Kepada rakan rakan yang bertanya bila aku mahu menulis
Nah.
Aku sudah kembali!

Tuesday 28 May 2013

Hazelnut White Coffee

Bertempat di Old Town White Coffee
Di meja tepi hujung dinding.
Bersama dua cawan kopi.
Kita bertemu.

Kau tahu kopi adalah kegemaranku.
Kau bawa aku ke situ.
Aku gembira dalam diam.
Aku bahagia.

Sudah lama aku sendiri.
Sepi.
Sunyi.
Tapi kali ini kau hadir.

Kemunculan kau ini memberi seribu erti.
Tiada pura-pura dalam senyumku
Hilai ku sangat 'real'.
Aku bersyukur.

#Pabila anak mata kita bertemu, aku rasa bahagia. Terima kasih. :)



Friday 3 May 2013

Dia

Kau selalu bertanya.
Adakah aku akan menjadikan kau sebagai bahan penulisan aku.
Adakah kau adalah sumber inspirasi aku.
Adakah kau boleh dijadikan idea aku.

Aku tersenyum.
Aku ketawa.

Kau tidak tahu.
Sebahagian besar daripada karya ku.
Semuanya tentang kau.
Semuanya kau.

Bila sampai masanya.
Aku akan menghadiahkan kesemuanya pada kau.

Ya, sayang.
Semuanya.

Tetapi.
Hanya bila kau turut merasa apa yang aku rasa tentang kita.




Wednesday 1 May 2013

Manis

Yang tiba-tiba.
Yang tak diduga.
Yang tak dijangka.

Itu manis.


Sunday 28 April 2013

Jangan Seksa.

Nak --cakap nak.
Tak nak -- cakap tak nak.
Susah ke?

Cara kau, macam kau 'booking'.
Tapi kau tak ambik apa yang kau 'booking' tu.
Kau biar.
Kau senyap.

Kalau orang lain datang nak akan 'tempat' itu.
Pemilik jadi serba salah.
Nak bagi -- takut kau marah.
Tak bagi -- kau nak lagi ke 'tempat' ni?

Cuba jangan seksa pemilik 'tempat' itu.
Cakap terus terang.
Jangan senyap.
Jangan buat dia keliru.

Tak susah kalau terus terang.
Cakap apa yang terbuku.
Luah apa yang rasa.
Jangan jadi bahlul!


Friday 26 April 2013

Temujanji

Lima tahun,
Lima tahun tiada lelaki menjadi teman aku ke mana-mana.
Kecuali Si Kekasih lama.

Tetapi hari ini aku mendapat pelawaan.
Pelawaan daripada seorang jejaka.
Jejaka, satu universiti denganku.

Aku bersetuju.

Hari ini hari yang dinanti-nantikan.
Kami keluar bersama.

Tapi

Aku berasa jangggal.
Aku berasa segan.
Aku lupa!

Lupa bagaimana hendak memulakan bicara.
Lupa bagaimana hendak mengatur langkah bersama.
Lupa bagaimana mahu menghiburkan hati si jejaka.
Lupa bagaimana bila menghadapi temujanji pertama!

Sumpah.
Janggal gila!

Kepada si jejaka.
Aku minta maaf.
Aku tahu ini mungkin kali pertama dan terakhir kau mengajak aku keluar bersama.
Aku faham.

Sepatah kau tanya.
Sepatah aku jawab.
Aku minta maaf.
Aku sudah tidak tahu hendak melayan kamu. 
Aku lupa!

Ya Allah!
Menyesalnya aku!

Apa-apa pun,
Terima kasih kerana telah menghadiahkan aku dua buah buku.
Terima kasih. 


Monday 22 April 2013

Jatuh Cinta?

Jatuh cinta? Entah lah. Aku sendiri tak pasti. Aku dah lupa bagaimana rasa jatuh cinta itu sendiri. Celaka bukan? Berdebar-debar? Gementar? Gembira? Aku lupa. Sungguh. Tapi yang pasti, sekarang ini aku bahagia. Aku seronok. Bahagia dengan kehidupan aku sekarang. Seronok dengan mereka-mereka yang wujud dalam hidup aku. Aku bersyukur.

Seperti mana diberitahu sebelum ini, aku pernah jatuh. Bukan jatuh di atas jalan, luka di lutut. Bukan. Tapi aku jatuh dari bangunan yang tinggi. Bertingkat-tingkat. Berkali-kali. Tapi aku survived. Survived dengan hati yang lumpuh. Hati yang penuh luka. Berparut. Jadi aku malu. Malu berdepan dengan kawan-kawan aku. Hidup aku tak sesempurna mereka. Ada yang menyayangi mereka selain keluarga. Ada yang setia mendengar masalah remeh temeh mereka. Aku cemburu dalam diam. Aku tak tipu.

Kadang-kadang, aku bertanya kepada diri sendiri. Kenapa hidup aku tidak sesempurna mereka? Kenapa aku hanya bahagia di tengah jalan? Kenapa aku selalu sendirian? Tapi tidak aku ketemu akan jawapan-jawapan untuk soalan-soalan itu. Aku menyerah. Biarlah. Biarlah mereka mereka dengan kehidupan mereka. Biar aku dengan hidup aku. Pesan aku kepada diri, nanti adalah yang datang untuk menemani.

Dan..
Pesan aku menjadi nyata. Sekarang, aku punya teman. Teman yang aku seronok menceritakan apa saja kepadanya. Teman aku ini juga pernah jatuh. Seperti aku. Tapi dia seorang yang kuat. Lelaki. Harus kuat.  Takkan nak cengeng pula. Setiap malam, dia menelefon aku. Ingin tahu aku apa yang terjadi dengan kehidupan seharian aku. Kami bertukar-tukar cerita. Bergelak tawa. Setiap malam. Dari kenangan masa silam sehingga kenangan masa kini. Semua kami kongsi bersama. Aku bahagia. Aku seronok.

Tapi...

Semakin lama, aku jadi semakin terbiasa dengan rutin ini. Rutin di mana dia akan menelefon aku pada jam 1 pagi. Setiap hari. Jikalau tiada panggilan darinya, aku runsing. Gelisah. Adakah itu rindu? Sungguh aku lupa. Rindu. Cinta. Dah lama terkubur dalam hidup aku. Tapi aku tidak terus terhanyut dengan perasan itu. Lalu aku biarkan saja. Takut nanti merana diri. Semakin lama aku biarkan perasaan itu, aku jadi makin gelisah. Makin runsing. Mengeluh.

Aku berharap agar aku bukan jatuh cinta. Agar aku tidak menrindui dia. Aku takut. Aku risau. Takut jikalau aku jatuh lagi. Risau jikalau kenangan dulu datang lagi. Aku keliru. Perasaan aku. Fikiran aku. Selalu mengingat aku tentangnya. Selalu. Tapi aku menolak perasaan itu perlahan-lahan. Fikiranku juga aku buang jauh-jauh. Aku takut. Sumpah. Aku sudah serik.

Tapi..

Sebenarnya, dalam diam, aku sudah mula menyayangimu.



Saturday 20 April 2013

Kita

Hati ini.
Jiwa ini.
Otak ini.
Mereka sibuk.

Tiap saat.
Tiap detik.
Tiap hari.
Pasti mereka sibuk.

Waktu makan.
Waktu mandi.
Waktu tidur.
Mereka masih lagi sibuk.

Sibuk.
Sungguh sibuk.
Sibuk memikirkan tentang kita.

Kita yang belum lagi menjadi kita.




Thursday 18 April 2013

Buang

Satu ruang yang selalu ku jaga rapi
Yang selalu ku hias indah
Yang selalu menjadi kepentingan ku
Yang amat berharga untuk diriku

Kini
Aku kunci pintu ruang itu
Kunci dengan menggunakan mangga besi
Kunci kemas-kemas

Biar tiada siapa dapat membolosnya
Biar tiada siapa dapat mencungkilnya
Biar tiada siapa dapat merosakkan pintu itu
Biar..

Lalu kunci mangga itu aku simpan
Simpan di dalam peti besi
Seperti pintu ruang itu
Aku kunci peti besi itu dengan mangga besi

Setibanya aku di lautan yang luas
Aku campak peti besi itu
Biar ia hanyut
Hanyut dibawa air biru

Dan aku berjanji
Selagi tiada siapa yang terjumpa akan kunci itu
Tidak akan kuberikan 'master key' kepada sesiapa pun
Tidak akan...

Ya!
Aku tahu itu mustahil
Tapi biarkan
Aku yakin
Akan ada manusia yang akan terjumpa peti besi itu.
Pasti!

Saturday 13 April 2013

Idaman

Kurus. Kering. Tinggi. Sawo matang. Kaca mata. Garang. Kuat cemburu. Manja.

Itu pilihan ku.


#Sesiapa yang ada ciri-ciri di atas, jangan lah membuang masa lagi. Sila lah hantar resume anda ke email saya. Calon yang disenarai pendekkan akan diberitahu secepat mungkin. Ini serius! -..-'

Friday 5 April 2013

Hidup Aku

Sudah lama jari jemari aku tidak menari di atas papan kekunci ini.
Aku rindu.
Bukan aku tidak mahu untuk menulis.
Tapi aku sibuk.

Aku sibuk dengan perihal belajar aku.
Semester ini semester akhir aku.
Sibuk dan tiada masa itu amat selari dengan pelajar tahun akhir.
Jadi, aku tidak punya masa untuk menulis.

Tentang hidup peribadi aku pula,
Aku sudah bisa bangun mengadap realiti.
Kawan yang sentiasa ada dengan aku saat susah senang,
Sentiasa ada di sisi aku lagi.

Aku bersyukur punya kamu dalam hidupku.
Banyak nasihat dan pengajaran yang kamu ceritakan padaku.
Kamu seperti abang untukku.
Tolong jangan pergi lagi.

#doakan aku dapat habiskan semester ini dengan cemerlang.

Thursday 28 March 2013

Kamu

Setiap kata yang keluar dari bibirmu.
Membuatkan aku tersenyum.
Bukan tersenyum kerna kata-katamu.
Tapi cara meluahkan itu buat aku gembira.

Kau tidak tahu.
Kau tidak perasan.
Bila kau mula berkata.
Aku senyum sendiri.

Setiap butir kata yang keluar.
Langsung tidak aku peduli.
Kerna mata dan hati ku sibuk berbicara.
Berbicara tentang kamu.

Ya kamu.




Tuesday 26 March 2013

Terima Kasih

Terima kasih kerana selalu ada waktu aku jatuh.
Terima kasih kerana menceriakan aku pabila sedih.
Terima kasih kerana mendengar setiap sesalanku.
Terima kasih kerana sentiasa ada dengan aku.

Sungguh.
Aku amat hargai setiap masa kita bersama.
Aku harap kita kekal sebagai kawan selamanya.
Selamanya..

Terima kasih sahabat.




Wednesday 20 March 2013

#SuratUntukDiri 95 : Tolong Cuba.


Minah,
Aku tahu banyak sangat dugaan yang kau kena tempuh. Boyfriend yang lima tahun yang cinta. Kau sayang. Kau setia. Pergi tinggalkan kau. Tup tup. Dia ada girlfriend baru. Baru-baru ni kawan satu universiti dengan kau, macam menunjuk minat dekat kau. SMS kau tiap malam. Sampai ke subuh. Setiap masa. Tup tup dia confess kat kau yang dia sebenarnya dah ada girlfriend. Baru-baru ni, muncul kawan lama kau yang dulu kau pernah ada hati dekat dia. SMS, call, whatsapp tiap masa. Tup tup kau tahu yang dia pernah tidur dengan perempuan lain beberapa hari lepas kau cakap kat dia yang kau suka dia. Aku tahu kau dah tutup rapat pintu hati kau. Aku tahu kau punah. Kau ranap. Tapi sampai bila?
Kau pernah cakap dekat kawan kau. Kau sunyi. Kau cemburu bila kawan-kawan kau pergi dating. Ambil gambar manja-manja dengan boyfriend masing-masing. Tapi kau tak pernah cuba buka hati kau untuk orang yang nak kat kau. Kau tutup rapat. Kau pergi kejar lelaki yang tak pernah ambil tahu langsung pasal kau. Kenapa Minah??
Setiap malam kau mengenang lelaki-lelaki durjana tu. Kau kata kau terjatuh. Terduduk bila lelaki-lelaki tu mainkan perasaan kau. Setiap malam juga kau asyik berfikir. Ada ke lelaki yang sanggup menjaga hati kau yang berparut, berluka, berjahit sana sini ni? “Teruk sangat rupa hati aku ni.” Kata kau lagi, “layak ke aku nak rasa bahagia lagi?” Mengeluh.
Selagi wujud dan tidak pupus kaum Adam di dunia ini, In Sha Allah, kau boleh bahagia. In Sha Allah, kau jumpa pemilik rusuk kiri kau. Tapi dengan syarat, kau harus berdoa dan tawakal kepada Allah. Dan buka pintu hati kau kalau ada yang mengetuk. Jangan makin kau kunci pintu hati itu. 
Wahai Minah,
Ini pesan aku. Aku sayang kau Minah. Aku taknak kau terus hanyut dalam laut kesedihan kau. Kau harus bangkit. Kau harus kuat. Tolong cuba ye Minah?
Dari MinahModen.

#Ini SuratUntukDiri aku. Aku utuskan surat ini untuk aku. Kalian boleh pergi ke http://suratuntukdiri.tumblr.com untuk membaca lebih banyak surat yang ada. 

Tuesday 19 March 2013

Gadis Ini

Di suatu petang yang sunyi.
Di tepi tasik.
Si Gadis duduk sendiri.

Air wajahnya muram.
Risau.
Sedih.
Hampa.

Si Gadis duduk mengenang nasib.
Di tangannya memegang hati.

Ya. Hati.

Hati yang penuh parut.
Hati yang penuh luka.
Hati yang masih berdarah.

Buruk.
Hodoh rupa hati itu.

Si Gadis duduk tertunduk.
Berfikir.
Masihkah ada Si Teruna yang mahu akan hati itu?
Masihkah ada Si Teruna yang sanggup menjaga hati itu?

Lalu Si Gadis pergi meninggalkan tasik.
Dengan hampa.
Berlalu sambil menggenggam hati dengan kemas.
Dengan linangan air mata.

Monday 18 March 2013

Putus Asa

Mulai hari ini,
Aku akan berhenti berharap.

Kau hidup dengan cara kau.
Aku hidup dengan cara aku.

Jangan cari aku lagi.
Jangan muncul dalam hidup aku lagi.

Aku dengan kau ibarat orang asing.
Tak kenal diri masing-masing.

Buang segala memori kau dengan aku.
Buang jauh-jauh.

Hati ini sudah membenci kau.

Benci teramat.

Lelaki celaka macam kau tak layak ketuk hati aku lagi.
Sentuh pun jangan!

Wednesday 13 March 2013

Sedih

Bulan,
Hari ini lagi satu kisah dia ceritakan kepada aku.
Aku sedih.

Bulan,
Kau mahu tahu apa isi cerita itu?
Tentang perempuan, bulan.

Bulan,
Aku tak daya untuk berlakon.
Berlakon kuat dan tiada apa-apa di depannya.
Aku sedih, bulan.

Bulan,
Aku kalah lagi malam ini.
Air mata ku tak dapat dibendung lagi.
Aku sedih.

Bulan,
Kau temani aku malam ini ya bulan.
Aku perlukan teman.

Dan kepada kau.
Cukup lah seksa hati aku.
Cukup.



Monday 11 March 2013

Hancur Luluh

Sebentar tadi,
Kau membuat pengakuan kepada aku.
Kau meminati seorang gadis di kantor mu.

Aku hilang pertimbangan.
Aku hilang arah.
Aku cuba mengawal emosi.
Tapi aku gagal.

Aku sedih.
Aku terkilan.
Hancur.
Luluh.

Itu saja yang dapat aku rasa saat itu.


Sunday 10 March 2013

Celaru

Aku tahu setiap entri yang aku tulis.
Lain perasaannya.
Lain jiwanya.

Aku sendiri keliru.
Siapa yang aku mahu.
Siapa yang aku perlu.
Aku celaru.

Aksara-aksara disusun,
Mengikut rentak irama perasaanku.

Hari ini,
Minda aku mengingati kekasih lama.
Esok pula,
Si Kawan nun disana yang aku rindu.

Keliru.
Buntu.
Celaru.
Itu aku.




Saturday 9 March 2013

Kawan

"I anggap you sebagai bestfriend I. Tak mungkin I dapat kawan sebaik you lagi lepas ni. I love you, kawan."

Kawan?
Kawan baik?
Itu saja aku di hatimu?
Tidak lebih dari seorang kawan?

Baiklah.
Aku akur.
Aku mundur.

Tapi..

Akan ku simpan tempat yang aku hias untukmu.
Di dalam hatiku.

Semoga satu hari nanti.
Kau tahu apa yang aku rasa terhadapmu.
Biarlah aku kembali menunggumu.
Menunggumu temui jalan ke hatiku.


Thursday 7 March 2013

Perasaan

Setiap malam perasaan aku lain macam.
Setiap malam aku tersembam.

Aku sunyi.
Aku sendiri.
Aku mati.

Kenangan lama yang dirindui muncul di malam hari.
Aku mahu saat itu kembali.
Kau dan aku bersatu hati.

Untuk Si Kawan pula,

Aku tahu kau takut dengan hubungan kita ini.
Kau takut akan timbul rasa cinta antara kita.
Kau juga takut kau tak boleh menyayangi aku dengan sempurna.

Tapi..

Tahukah engkau bahawa aku juga begitu.
Aku tak dapat melupakan kisah silam aku.
Hati aku punya dia.

Tapi..

Cuma satu aku pinta.
Marilah satukan hati kita berdua yang terluka.
Menjadi satu.
Satu yang sempurna.



Wednesday 6 March 2013

Hari Istimewamu

Hari ini (05032013) hari istimewa mu. Genap 24 tahun kau hidup di dunia ini. Cerita bangun jatuhmu, semua di tanganku. Suka duka mu, gelak tangis mu, aku sentiasa disisi. Tapi kau hanya menganggap diri ini hanya sebagai teman. Teman berbicara. Teman di kala sunyi. Sedangkan, ada ruang tersedia untukmu di hati ini. Sungguh aku bukan perempuan kebanyakan yang pandai meluahkan rasa. Pandai bermain kata. Sungguh aku bukan perempuan yang pandai menarik hati si jejaka untuk tertambat. Tapi di hari istimewa mu ini, aku telah buat sesuatu di luar jangka. Aku mahu hari ini menjadi hari yang sempurna buat mu. Walau jasad ini jauh darimu, aku sanggup melakukannya asal aku tahu ada senyum di wajah insan yang istimewa buat ku. Pabila kejutan aku itu membuatkan kau tersenyum dan ada riak gembira di wajah mu. Aku lah perempuan yang paling gembira di alam semesta ini. Aku puas. Aku syukur. Aku terharu.


# Andai kau terjumpa blog ini, satu yang ingin aku katakan kepadamu. Aku sayang kamu.



Tuesday 26 February 2013

Bersih

Tak minta banyak.
Tak nak cakap banyak.

Bukan nak masuk campur.
Bukan nak bebel.

Cuma nak cakap.
Jaga kebersihan.

Kau dah buang najis kau tu.
Bagi bersih balik tandas tu.

Susah ke?

# Macam mana nak didik anak kalau mak pun tak reti nak basuh berak sendiri. 

Monday 25 February 2013

Pilihan

Kalau kau ada pilihan yang hendak dipilih,
Antara aku dan dia.

Pilihlah dia.
Tinggalkan aku.

Biar aku sakit.
Biar aku jerit.

Rela aku sendiri.
Dari kau tipu diri ini.

Sunday 24 February 2013

Sunyi

Malam ini aku duduk sendiri.
Sambil memegang gitar akustik ku.
Aku mencari kord lagu yang sesuai.

Hampa.
Tak jumpa lagunya.
Bunyi sumbang.
Tak macam selalu.

Lalu ku termenung.

Kalau dulu,
Kau lah gitaris aku.
Memetik gitar buat ku.
Temani tidurku.

Tapi sekarang.
Semuanya hilang.
Semuanya pergi.

Sunyi.

Saturday 23 February 2013

Nota Cinta #3

Kalau suka katakan suka.
Kalau cinta katakan cinta.

Jangan asyik main tarik tali.
Kalau putus di tengah nanti.
Aku takkan sambungkan semula

Sebelum terlambat.
Baik luahkan yang tersirat.

Friday 22 February 2013

Mimpi

Sejak akhir-akhir ini aku seakan lupakan kau.
Setiap perilaku aku langsung tidak mengingatkan aku akan kau.
Inikah petanda yang kau sudah luput dari hidup aku?

Tapi,
Aku yakin.
Aku tahu.
Yang kau tak pernah hilang dari ingatan aku.

Kerna,
Wujudnya mimpi.

Mimpi yang bawa aku ketemu kau pabila rindu.
Mimpi yang bawa aku berbicara sama kau.
Mimpi yang bawa aku tatap muka kau.

Semuanya kerna mimpi.




Thursday 21 February 2013

Keadaan Hati


Kalau ditanya bagaimana keadaan hatiku.
Otakku tepu.
Tidak tahu.
Sungguh aku buntu.

Kepada kamu,
Tolong jangan diketuk lagi pintu hatiku. 
Hati ini bukan untuk kamu.

Wednesday 20 February 2013

Kawan

Kawan.
Aku suka cara kau layan aku.
Hormat aku serupa ratu.

Kawan.
Hati ini macam ingin berkata-kata.
Tapi takut tak diterima.

Kawan.
Andai kau rasa apa aku rasa.
Cepatlah luahkan rasa.

Kerna.

Tulang rusuk ini seakan ingin bertemu pemiliknya.




Tuesday 19 February 2013

Nota Cinta #2

Mampir lah lekas wahai March.
Sungguh aku tak sabar akan kehadiranmu.



Monday 18 February 2013

Payah

Bila malam bertamu,
Aku buntu.

Buntu memikirkan kisah cinta kita.
Buntu memikirkan kisah indah kita.
Sewaktu kita masih lagi kita.

Bila malam bertamu,
SMS yang dulu kau kirim,
Ku baca berulang kali.
Berulang kali dengan linangan airmata.

Babi.
Babi.
Babi.

Kenapa payah kau nak pergi dari hidup aku lahanat?!





Sunday 17 February 2013

Darjat

Kata kau,
Kau tak punya harta.
Kau tak punya ilmu.
Kau tak punya apa-apa.

Kata kau,
Darjat kita berbeda.
Kau ibarat pengemis nan hina.
Aku ibarat puteri di kayangan.

Kata kau lagi,
Mana mampu pengemis bisa bahagiakan puteri.
Mana boleh pengemis kahwini puteri kayangan.

Lalu kau pergi meninggalkan aku.
Pergi.
Tanpa menoleh ke belakang.

Dengan harapan,

Ada sang putera datang kepadaku.


# Ehhh. Pergi jahanam dengan kau punya darjat!

Saturday 16 February 2013

Nota Cinta #1

Pelangi hati, kembalilah.

Sudah lama hujan mengambil alih tugasmu.

Kembalilah.

Aku rindu.


Friday 15 February 2013

Tentang Hati

Satu ruang kecil,
Dalam hati
Khas buat mu.

Ku jaga rapi.
Ku hias indah.
Untuk kau bertamu.

Tapi..

Bila pintu hatiku diketuk,
Aku panik.
Aku kaget.

Ingin dibuka pintu untukmu,
Tapi aku takut.

Takut ruang ini tidak dijaga kamu.
Takut ruang ini dipunah kamu.
Takut ruang ini ditinggal kamu
Setelah didiami.

Lalu aku biarkan saja ketukan itu.
Biarkan.
Sehingga ruang ini betul-betul sedia untuk kamu takluki.