Monday, 22 April 2013

Jatuh Cinta?

Jatuh cinta? Entah lah. Aku sendiri tak pasti. Aku dah lupa bagaimana rasa jatuh cinta itu sendiri. Celaka bukan? Berdebar-debar? Gementar? Gembira? Aku lupa. Sungguh. Tapi yang pasti, sekarang ini aku bahagia. Aku seronok. Bahagia dengan kehidupan aku sekarang. Seronok dengan mereka-mereka yang wujud dalam hidup aku. Aku bersyukur.

Seperti mana diberitahu sebelum ini, aku pernah jatuh. Bukan jatuh di atas jalan, luka di lutut. Bukan. Tapi aku jatuh dari bangunan yang tinggi. Bertingkat-tingkat. Berkali-kali. Tapi aku survived. Survived dengan hati yang lumpuh. Hati yang penuh luka. Berparut. Jadi aku malu. Malu berdepan dengan kawan-kawan aku. Hidup aku tak sesempurna mereka. Ada yang menyayangi mereka selain keluarga. Ada yang setia mendengar masalah remeh temeh mereka. Aku cemburu dalam diam. Aku tak tipu.

Kadang-kadang, aku bertanya kepada diri sendiri. Kenapa hidup aku tidak sesempurna mereka? Kenapa aku hanya bahagia di tengah jalan? Kenapa aku selalu sendirian? Tapi tidak aku ketemu akan jawapan-jawapan untuk soalan-soalan itu. Aku menyerah. Biarlah. Biarlah mereka mereka dengan kehidupan mereka. Biar aku dengan hidup aku. Pesan aku kepada diri, nanti adalah yang datang untuk menemani.

Dan..
Pesan aku menjadi nyata. Sekarang, aku punya teman. Teman yang aku seronok menceritakan apa saja kepadanya. Teman aku ini juga pernah jatuh. Seperti aku. Tapi dia seorang yang kuat. Lelaki. Harus kuat.  Takkan nak cengeng pula. Setiap malam, dia menelefon aku. Ingin tahu aku apa yang terjadi dengan kehidupan seharian aku. Kami bertukar-tukar cerita. Bergelak tawa. Setiap malam. Dari kenangan masa silam sehingga kenangan masa kini. Semua kami kongsi bersama. Aku bahagia. Aku seronok.

Tapi...

Semakin lama, aku jadi semakin terbiasa dengan rutin ini. Rutin di mana dia akan menelefon aku pada jam 1 pagi. Setiap hari. Jikalau tiada panggilan darinya, aku runsing. Gelisah. Adakah itu rindu? Sungguh aku lupa. Rindu. Cinta. Dah lama terkubur dalam hidup aku. Tapi aku tidak terus terhanyut dengan perasan itu. Lalu aku biarkan saja. Takut nanti merana diri. Semakin lama aku biarkan perasaan itu, aku jadi makin gelisah. Makin runsing. Mengeluh.

Aku berharap agar aku bukan jatuh cinta. Agar aku tidak menrindui dia. Aku takut. Aku risau. Takut jikalau aku jatuh lagi. Risau jikalau kenangan dulu datang lagi. Aku keliru. Perasaan aku. Fikiran aku. Selalu mengingat aku tentangnya. Selalu. Tapi aku menolak perasaan itu perlahan-lahan. Fikiranku juga aku buang jauh-jauh. Aku takut. Sumpah. Aku sudah serik.

Tapi..

Sebenarnya, dalam diam, aku sudah mula menyayangimu.



No comments:

Post a Comment