Friday, 26 April 2013

Temujanji

Lima tahun,
Lima tahun tiada lelaki menjadi teman aku ke mana-mana.
Kecuali Si Kekasih lama.

Tetapi hari ini aku mendapat pelawaan.
Pelawaan daripada seorang jejaka.
Jejaka, satu universiti denganku.

Aku bersetuju.

Hari ini hari yang dinanti-nantikan.
Kami keluar bersama.

Tapi

Aku berasa jangggal.
Aku berasa segan.
Aku lupa!

Lupa bagaimana hendak memulakan bicara.
Lupa bagaimana hendak mengatur langkah bersama.
Lupa bagaimana mahu menghiburkan hati si jejaka.
Lupa bagaimana bila menghadapi temujanji pertama!

Sumpah.
Janggal gila!

Kepada si jejaka.
Aku minta maaf.
Aku tahu ini mungkin kali pertama dan terakhir kau mengajak aku keluar bersama.
Aku faham.

Sepatah kau tanya.
Sepatah aku jawab.
Aku minta maaf.
Aku sudah tidak tahu hendak melayan kamu. 
Aku lupa!

Ya Allah!
Menyesalnya aku!

Apa-apa pun,
Terima kasih kerana telah menghadiahkan aku dua buah buku.
Terima kasih. 


2 comments: