Thursday 28 March 2013

Kamu

Setiap kata yang keluar dari bibirmu.
Membuatkan aku tersenyum.
Bukan tersenyum kerna kata-katamu.
Tapi cara meluahkan itu buat aku gembira.

Kau tidak tahu.
Kau tidak perasan.
Bila kau mula berkata.
Aku senyum sendiri.

Setiap butir kata yang keluar.
Langsung tidak aku peduli.
Kerna mata dan hati ku sibuk berbicara.
Berbicara tentang kamu.

Ya kamu.




Tuesday 26 March 2013

Terima Kasih

Terima kasih kerana selalu ada waktu aku jatuh.
Terima kasih kerana menceriakan aku pabila sedih.
Terima kasih kerana mendengar setiap sesalanku.
Terima kasih kerana sentiasa ada dengan aku.

Sungguh.
Aku amat hargai setiap masa kita bersama.
Aku harap kita kekal sebagai kawan selamanya.
Selamanya..

Terima kasih sahabat.




Wednesday 20 March 2013

#SuratUntukDiri 95 : Tolong Cuba.


Minah,
Aku tahu banyak sangat dugaan yang kau kena tempuh. Boyfriend yang lima tahun yang cinta. Kau sayang. Kau setia. Pergi tinggalkan kau. Tup tup. Dia ada girlfriend baru. Baru-baru ni kawan satu universiti dengan kau, macam menunjuk minat dekat kau. SMS kau tiap malam. Sampai ke subuh. Setiap masa. Tup tup dia confess kat kau yang dia sebenarnya dah ada girlfriend. Baru-baru ni, muncul kawan lama kau yang dulu kau pernah ada hati dekat dia. SMS, call, whatsapp tiap masa. Tup tup kau tahu yang dia pernah tidur dengan perempuan lain beberapa hari lepas kau cakap kat dia yang kau suka dia. Aku tahu kau dah tutup rapat pintu hati kau. Aku tahu kau punah. Kau ranap. Tapi sampai bila?
Kau pernah cakap dekat kawan kau. Kau sunyi. Kau cemburu bila kawan-kawan kau pergi dating. Ambil gambar manja-manja dengan boyfriend masing-masing. Tapi kau tak pernah cuba buka hati kau untuk orang yang nak kat kau. Kau tutup rapat. Kau pergi kejar lelaki yang tak pernah ambil tahu langsung pasal kau. Kenapa Minah??
Setiap malam kau mengenang lelaki-lelaki durjana tu. Kau kata kau terjatuh. Terduduk bila lelaki-lelaki tu mainkan perasaan kau. Setiap malam juga kau asyik berfikir. Ada ke lelaki yang sanggup menjaga hati kau yang berparut, berluka, berjahit sana sini ni? “Teruk sangat rupa hati aku ni.” Kata kau lagi, “layak ke aku nak rasa bahagia lagi?” Mengeluh.
Selagi wujud dan tidak pupus kaum Adam di dunia ini, In Sha Allah, kau boleh bahagia. In Sha Allah, kau jumpa pemilik rusuk kiri kau. Tapi dengan syarat, kau harus berdoa dan tawakal kepada Allah. Dan buka pintu hati kau kalau ada yang mengetuk. Jangan makin kau kunci pintu hati itu. 
Wahai Minah,
Ini pesan aku. Aku sayang kau Minah. Aku taknak kau terus hanyut dalam laut kesedihan kau. Kau harus bangkit. Kau harus kuat. Tolong cuba ye Minah?
Dari MinahModen.

#Ini SuratUntukDiri aku. Aku utuskan surat ini untuk aku. Kalian boleh pergi ke http://suratuntukdiri.tumblr.com untuk membaca lebih banyak surat yang ada. 

Tuesday 19 March 2013

Gadis Ini

Di suatu petang yang sunyi.
Di tepi tasik.
Si Gadis duduk sendiri.

Air wajahnya muram.
Risau.
Sedih.
Hampa.

Si Gadis duduk mengenang nasib.
Di tangannya memegang hati.

Ya. Hati.

Hati yang penuh parut.
Hati yang penuh luka.
Hati yang masih berdarah.

Buruk.
Hodoh rupa hati itu.

Si Gadis duduk tertunduk.
Berfikir.
Masihkah ada Si Teruna yang mahu akan hati itu?
Masihkah ada Si Teruna yang sanggup menjaga hati itu?

Lalu Si Gadis pergi meninggalkan tasik.
Dengan hampa.
Berlalu sambil menggenggam hati dengan kemas.
Dengan linangan air mata.

Monday 18 March 2013

Putus Asa

Mulai hari ini,
Aku akan berhenti berharap.

Kau hidup dengan cara kau.
Aku hidup dengan cara aku.

Jangan cari aku lagi.
Jangan muncul dalam hidup aku lagi.

Aku dengan kau ibarat orang asing.
Tak kenal diri masing-masing.

Buang segala memori kau dengan aku.
Buang jauh-jauh.

Hati ini sudah membenci kau.

Benci teramat.

Lelaki celaka macam kau tak layak ketuk hati aku lagi.
Sentuh pun jangan!

Wednesday 13 March 2013

Sedih

Bulan,
Hari ini lagi satu kisah dia ceritakan kepada aku.
Aku sedih.

Bulan,
Kau mahu tahu apa isi cerita itu?
Tentang perempuan, bulan.

Bulan,
Aku tak daya untuk berlakon.
Berlakon kuat dan tiada apa-apa di depannya.
Aku sedih, bulan.

Bulan,
Aku kalah lagi malam ini.
Air mata ku tak dapat dibendung lagi.
Aku sedih.

Bulan,
Kau temani aku malam ini ya bulan.
Aku perlukan teman.

Dan kepada kau.
Cukup lah seksa hati aku.
Cukup.



Monday 11 March 2013

Hancur Luluh

Sebentar tadi,
Kau membuat pengakuan kepada aku.
Kau meminati seorang gadis di kantor mu.

Aku hilang pertimbangan.
Aku hilang arah.
Aku cuba mengawal emosi.
Tapi aku gagal.

Aku sedih.
Aku terkilan.
Hancur.
Luluh.

Itu saja yang dapat aku rasa saat itu.


Sunday 10 March 2013

Celaru

Aku tahu setiap entri yang aku tulis.
Lain perasaannya.
Lain jiwanya.

Aku sendiri keliru.
Siapa yang aku mahu.
Siapa yang aku perlu.
Aku celaru.

Aksara-aksara disusun,
Mengikut rentak irama perasaanku.

Hari ini,
Minda aku mengingati kekasih lama.
Esok pula,
Si Kawan nun disana yang aku rindu.

Keliru.
Buntu.
Celaru.
Itu aku.




Saturday 9 March 2013

Kawan

"I anggap you sebagai bestfriend I. Tak mungkin I dapat kawan sebaik you lagi lepas ni. I love you, kawan."

Kawan?
Kawan baik?
Itu saja aku di hatimu?
Tidak lebih dari seorang kawan?

Baiklah.
Aku akur.
Aku mundur.

Tapi..

Akan ku simpan tempat yang aku hias untukmu.
Di dalam hatiku.

Semoga satu hari nanti.
Kau tahu apa yang aku rasa terhadapmu.
Biarlah aku kembali menunggumu.
Menunggumu temui jalan ke hatiku.


Thursday 7 March 2013

Perasaan

Setiap malam perasaan aku lain macam.
Setiap malam aku tersembam.

Aku sunyi.
Aku sendiri.
Aku mati.

Kenangan lama yang dirindui muncul di malam hari.
Aku mahu saat itu kembali.
Kau dan aku bersatu hati.

Untuk Si Kawan pula,

Aku tahu kau takut dengan hubungan kita ini.
Kau takut akan timbul rasa cinta antara kita.
Kau juga takut kau tak boleh menyayangi aku dengan sempurna.

Tapi..

Tahukah engkau bahawa aku juga begitu.
Aku tak dapat melupakan kisah silam aku.
Hati aku punya dia.

Tapi..

Cuma satu aku pinta.
Marilah satukan hati kita berdua yang terluka.
Menjadi satu.
Satu yang sempurna.



Wednesday 6 March 2013

Hari Istimewamu

Hari ini (05032013) hari istimewa mu. Genap 24 tahun kau hidup di dunia ini. Cerita bangun jatuhmu, semua di tanganku. Suka duka mu, gelak tangis mu, aku sentiasa disisi. Tapi kau hanya menganggap diri ini hanya sebagai teman. Teman berbicara. Teman di kala sunyi. Sedangkan, ada ruang tersedia untukmu di hati ini. Sungguh aku bukan perempuan kebanyakan yang pandai meluahkan rasa. Pandai bermain kata. Sungguh aku bukan perempuan yang pandai menarik hati si jejaka untuk tertambat. Tapi di hari istimewa mu ini, aku telah buat sesuatu di luar jangka. Aku mahu hari ini menjadi hari yang sempurna buat mu. Walau jasad ini jauh darimu, aku sanggup melakukannya asal aku tahu ada senyum di wajah insan yang istimewa buat ku. Pabila kejutan aku itu membuatkan kau tersenyum dan ada riak gembira di wajah mu. Aku lah perempuan yang paling gembira di alam semesta ini. Aku puas. Aku syukur. Aku terharu.


# Andai kau terjumpa blog ini, satu yang ingin aku katakan kepadamu. Aku sayang kamu.