Wednesday 20 March 2013

#SuratUntukDiri 95 : Tolong Cuba.


Minah,
Aku tahu banyak sangat dugaan yang kau kena tempuh. Boyfriend yang lima tahun yang cinta. Kau sayang. Kau setia. Pergi tinggalkan kau. Tup tup. Dia ada girlfriend baru. Baru-baru ni kawan satu universiti dengan kau, macam menunjuk minat dekat kau. SMS kau tiap malam. Sampai ke subuh. Setiap masa. Tup tup dia confess kat kau yang dia sebenarnya dah ada girlfriend. Baru-baru ni, muncul kawan lama kau yang dulu kau pernah ada hati dekat dia. SMS, call, whatsapp tiap masa. Tup tup kau tahu yang dia pernah tidur dengan perempuan lain beberapa hari lepas kau cakap kat dia yang kau suka dia. Aku tahu kau dah tutup rapat pintu hati kau. Aku tahu kau punah. Kau ranap. Tapi sampai bila?
Kau pernah cakap dekat kawan kau. Kau sunyi. Kau cemburu bila kawan-kawan kau pergi dating. Ambil gambar manja-manja dengan boyfriend masing-masing. Tapi kau tak pernah cuba buka hati kau untuk orang yang nak kat kau. Kau tutup rapat. Kau pergi kejar lelaki yang tak pernah ambil tahu langsung pasal kau. Kenapa Minah??
Setiap malam kau mengenang lelaki-lelaki durjana tu. Kau kata kau terjatuh. Terduduk bila lelaki-lelaki tu mainkan perasaan kau. Setiap malam juga kau asyik berfikir. Ada ke lelaki yang sanggup menjaga hati kau yang berparut, berluka, berjahit sana sini ni? “Teruk sangat rupa hati aku ni.” Kata kau lagi, “layak ke aku nak rasa bahagia lagi?” Mengeluh.
Selagi wujud dan tidak pupus kaum Adam di dunia ini, In Sha Allah, kau boleh bahagia. In Sha Allah, kau jumpa pemilik rusuk kiri kau. Tapi dengan syarat, kau harus berdoa dan tawakal kepada Allah. Dan buka pintu hati kau kalau ada yang mengetuk. Jangan makin kau kunci pintu hati itu. 
Wahai Minah,
Ini pesan aku. Aku sayang kau Minah. Aku taknak kau terus hanyut dalam laut kesedihan kau. Kau harus bangkit. Kau harus kuat. Tolong cuba ye Minah?
Dari MinahModen.

#Ini SuratUntukDiri aku. Aku utuskan surat ini untuk aku. Kalian boleh pergi ke http://suratuntukdiri.tumblr.com untuk membaca lebih banyak surat yang ada. 

No comments:

Post a Comment