Sunday 28 April 2013

Jangan Seksa.

Nak --cakap nak.
Tak nak -- cakap tak nak.
Susah ke?

Cara kau, macam kau 'booking'.
Tapi kau tak ambik apa yang kau 'booking' tu.
Kau biar.
Kau senyap.

Kalau orang lain datang nak akan 'tempat' itu.
Pemilik jadi serba salah.
Nak bagi -- takut kau marah.
Tak bagi -- kau nak lagi ke 'tempat' ni?

Cuba jangan seksa pemilik 'tempat' itu.
Cakap terus terang.
Jangan senyap.
Jangan buat dia keliru.

Tak susah kalau terus terang.
Cakap apa yang terbuku.
Luah apa yang rasa.
Jangan jadi bahlul!


Friday 26 April 2013

Temujanji

Lima tahun,
Lima tahun tiada lelaki menjadi teman aku ke mana-mana.
Kecuali Si Kekasih lama.

Tetapi hari ini aku mendapat pelawaan.
Pelawaan daripada seorang jejaka.
Jejaka, satu universiti denganku.

Aku bersetuju.

Hari ini hari yang dinanti-nantikan.
Kami keluar bersama.

Tapi

Aku berasa jangggal.
Aku berasa segan.
Aku lupa!

Lupa bagaimana hendak memulakan bicara.
Lupa bagaimana hendak mengatur langkah bersama.
Lupa bagaimana mahu menghiburkan hati si jejaka.
Lupa bagaimana bila menghadapi temujanji pertama!

Sumpah.
Janggal gila!

Kepada si jejaka.
Aku minta maaf.
Aku tahu ini mungkin kali pertama dan terakhir kau mengajak aku keluar bersama.
Aku faham.

Sepatah kau tanya.
Sepatah aku jawab.
Aku minta maaf.
Aku sudah tidak tahu hendak melayan kamu. 
Aku lupa!

Ya Allah!
Menyesalnya aku!

Apa-apa pun,
Terima kasih kerana telah menghadiahkan aku dua buah buku.
Terima kasih. 


Monday 22 April 2013

Jatuh Cinta?

Jatuh cinta? Entah lah. Aku sendiri tak pasti. Aku dah lupa bagaimana rasa jatuh cinta itu sendiri. Celaka bukan? Berdebar-debar? Gementar? Gembira? Aku lupa. Sungguh. Tapi yang pasti, sekarang ini aku bahagia. Aku seronok. Bahagia dengan kehidupan aku sekarang. Seronok dengan mereka-mereka yang wujud dalam hidup aku. Aku bersyukur.

Seperti mana diberitahu sebelum ini, aku pernah jatuh. Bukan jatuh di atas jalan, luka di lutut. Bukan. Tapi aku jatuh dari bangunan yang tinggi. Bertingkat-tingkat. Berkali-kali. Tapi aku survived. Survived dengan hati yang lumpuh. Hati yang penuh luka. Berparut. Jadi aku malu. Malu berdepan dengan kawan-kawan aku. Hidup aku tak sesempurna mereka. Ada yang menyayangi mereka selain keluarga. Ada yang setia mendengar masalah remeh temeh mereka. Aku cemburu dalam diam. Aku tak tipu.

Kadang-kadang, aku bertanya kepada diri sendiri. Kenapa hidup aku tidak sesempurna mereka? Kenapa aku hanya bahagia di tengah jalan? Kenapa aku selalu sendirian? Tapi tidak aku ketemu akan jawapan-jawapan untuk soalan-soalan itu. Aku menyerah. Biarlah. Biarlah mereka mereka dengan kehidupan mereka. Biar aku dengan hidup aku. Pesan aku kepada diri, nanti adalah yang datang untuk menemani.

Dan..
Pesan aku menjadi nyata. Sekarang, aku punya teman. Teman yang aku seronok menceritakan apa saja kepadanya. Teman aku ini juga pernah jatuh. Seperti aku. Tapi dia seorang yang kuat. Lelaki. Harus kuat.  Takkan nak cengeng pula. Setiap malam, dia menelefon aku. Ingin tahu aku apa yang terjadi dengan kehidupan seharian aku. Kami bertukar-tukar cerita. Bergelak tawa. Setiap malam. Dari kenangan masa silam sehingga kenangan masa kini. Semua kami kongsi bersama. Aku bahagia. Aku seronok.

Tapi...

Semakin lama, aku jadi semakin terbiasa dengan rutin ini. Rutin di mana dia akan menelefon aku pada jam 1 pagi. Setiap hari. Jikalau tiada panggilan darinya, aku runsing. Gelisah. Adakah itu rindu? Sungguh aku lupa. Rindu. Cinta. Dah lama terkubur dalam hidup aku. Tapi aku tidak terus terhanyut dengan perasan itu. Lalu aku biarkan saja. Takut nanti merana diri. Semakin lama aku biarkan perasaan itu, aku jadi makin gelisah. Makin runsing. Mengeluh.

Aku berharap agar aku bukan jatuh cinta. Agar aku tidak menrindui dia. Aku takut. Aku risau. Takut jikalau aku jatuh lagi. Risau jikalau kenangan dulu datang lagi. Aku keliru. Perasaan aku. Fikiran aku. Selalu mengingat aku tentangnya. Selalu. Tapi aku menolak perasaan itu perlahan-lahan. Fikiranku juga aku buang jauh-jauh. Aku takut. Sumpah. Aku sudah serik.

Tapi..

Sebenarnya, dalam diam, aku sudah mula menyayangimu.



Saturday 20 April 2013

Kita

Hati ini.
Jiwa ini.
Otak ini.
Mereka sibuk.

Tiap saat.
Tiap detik.
Tiap hari.
Pasti mereka sibuk.

Waktu makan.
Waktu mandi.
Waktu tidur.
Mereka masih lagi sibuk.

Sibuk.
Sungguh sibuk.
Sibuk memikirkan tentang kita.

Kita yang belum lagi menjadi kita.




Thursday 18 April 2013

Buang

Satu ruang yang selalu ku jaga rapi
Yang selalu ku hias indah
Yang selalu menjadi kepentingan ku
Yang amat berharga untuk diriku

Kini
Aku kunci pintu ruang itu
Kunci dengan menggunakan mangga besi
Kunci kemas-kemas

Biar tiada siapa dapat membolosnya
Biar tiada siapa dapat mencungkilnya
Biar tiada siapa dapat merosakkan pintu itu
Biar..

Lalu kunci mangga itu aku simpan
Simpan di dalam peti besi
Seperti pintu ruang itu
Aku kunci peti besi itu dengan mangga besi

Setibanya aku di lautan yang luas
Aku campak peti besi itu
Biar ia hanyut
Hanyut dibawa air biru

Dan aku berjanji
Selagi tiada siapa yang terjumpa akan kunci itu
Tidak akan kuberikan 'master key' kepada sesiapa pun
Tidak akan...

Ya!
Aku tahu itu mustahil
Tapi biarkan
Aku yakin
Akan ada manusia yang akan terjumpa peti besi itu.
Pasti!

Saturday 13 April 2013

Idaman

Kurus. Kering. Tinggi. Sawo matang. Kaca mata. Garang. Kuat cemburu. Manja.

Itu pilihan ku.


#Sesiapa yang ada ciri-ciri di atas, jangan lah membuang masa lagi. Sila lah hantar resume anda ke email saya. Calon yang disenarai pendekkan akan diberitahu secepat mungkin. Ini serius! -..-'

Friday 5 April 2013

Hidup Aku

Sudah lama jari jemari aku tidak menari di atas papan kekunci ini.
Aku rindu.
Bukan aku tidak mahu untuk menulis.
Tapi aku sibuk.

Aku sibuk dengan perihal belajar aku.
Semester ini semester akhir aku.
Sibuk dan tiada masa itu amat selari dengan pelajar tahun akhir.
Jadi, aku tidak punya masa untuk menulis.

Tentang hidup peribadi aku pula,
Aku sudah bisa bangun mengadap realiti.
Kawan yang sentiasa ada dengan aku saat susah senang,
Sentiasa ada di sisi aku lagi.

Aku bersyukur punya kamu dalam hidupku.
Banyak nasihat dan pengajaran yang kamu ceritakan padaku.
Kamu seperti abang untukku.
Tolong jangan pergi lagi.

#doakan aku dapat habiskan semester ini dengan cemerlang.